Toluna

Rabu, 26 September 2012

Trik Terbaik cmd.exe


Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog sekalian...lama dah aku tak update blog aku ni...busy,internet lembap...hah?internet lembap?ahahh...cakap pasal internet lembap ni aku ada cara mahu lajukannya..hehe...tengoklah berhasil tak...seperti mana yang aku cakap cara lajukan internet ini sangat la mudah...hurm..?nak tahu macam mana?ok,sekarang korang pergi kedai Unifi dan kata mahu deal...hahah...bukan la..ok aku akan ajar korang bagaimana mahu internet laju...ikut langkah-langkah ini ya?
1-Start>Run>type cmd.exe>tekan enter
2-Type ipconfig/all >dan enter
  *korang akan dapat benda-benda yang patut korang dapat
3-Cari IpAddress-copy kalau boleh...pastu > type ping (ipaddress)
  *contoh ipaddress=10.176.12.2 maka anda haruslah type ping 10.176.12.23 *contoh okay?
4-pastu biar benda ini berjalan,dan korang boleh la guna internet laju...eheh...

Adalagi yg menarik tentang cmd.exe ini...hurm..korang nak tahu ka?okokok...

Cara tengok movie Star Wars di cmd.exe
1-Start>Run>type cmd.exe>tekan enter
2-Type telnet towel.blinkenlights.nl >dan enter
  *haha..korang layan jela movie Star Wars tu..hehe..awesome ?ahah...yes,memang pown..hehe

Cara tukar colour cmd.exe
1-Start>Run>type cmd.exe>tekan enter
  *ala ini biasa jer...so kalau korang nak ikut cara mana?ada dua..?kalau korang rasa korang nak belagak jadi ala programe korang guna la cara manual...
Manual
Colour<colour background><colour texts>
0 = Black     8 = Gray
1 = Blue     9 = Light Blue
2 = Green     A = Light Green
3 = Aqua     B = Light Aqua
4 = Red     C = Light Red
5 = Purple    D = Light Purple
6 = Yellow    E = Light Yellow
7 = White    F = Bright White
*huh?korang ikut jela mana korang rasa suka...peringatan tiada "space" disitu ya?

Cara masuk website yang diblock oleh administrator
kita rasa macam fadeupkan dengan administrator yg block benda yg kita mahu...hurm...nie mase aku mahu ambil games,tapi kena block...urgh!geram rasanya!!!
1-korang buka la cmd.exe..berape kali mahu ajar...!?
2-Type ping<website>
3-korang akan nampak ip untuk website itu..so copy dan paste kedalam browser korang dan tekan enter...so korang dah boleh bypass blocking tu kan?tapi cara ni tak sure bagi yg SKMM punya block...sebab aku pakai DNS..ahha

Cara Chat menggunakan cmd.exe
*ini pon cara untuk tidak diblock lah..seperti kat lab office...hurm..cara chating YM atau Skype...
1-copy yg ini
  @echo off :A Cls echo MESSENGER set /p n=User: set /p m=Message: net send %n% %m% Pause Goto A
2-buka notepad>paste
3Save>tapi ingat .bat tau..contoh ym.bat
4-korang buka cmd.exe pastu korang drag je la ym.bat tu kedalam cmd tu>dan enter
  *kat area user tu taruk ipaddress member korang yang mahu chating tu...
5-tekan enter dan akan keluar message,taipla apa yg korang mahu send tu..tu pon mahu ajar!?

Cara buat Matrix cara cmd.exe
1-copy benda ini
  @echo off color 2 :start echo %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% goto start
2-paste kedalam notepad anda...
3-save file...nama kan fail matrix.bat
4-buka cmd.exe > drag matrix.bat tu dan tekan enter

*ini trik kalau korang rasa nak berlagak dengan kawan korang yg kau rasa kau adalah Hacker...haah...

Aku rasa cukupla sampai disini trik yg aku boleh ajar...insyaAllah jika ada trik yg lebih menarik,aku akan share untuk korang semua...Assalamualaikum...
*korang kalau ada trik cmd.exe ni share la dengan kami semua..yg tak tahu comment la juga...hehe...ok Thanks for Reading...Take Care ya?

Khamis, 6 September 2012

Promote

Assalamualaikum kpd pembaca-pembaca sekalian...hari ni saya mau mengPromote Al-Habib Perfumes dari  http://alwaysperfume.blogspot.com/   yg menyuruh saya untuk memPromote kan...
kalau korang mau beli Al-Habib Perfumes di alwaysperfume.blogspot.com korang boleh la mengisi Borang Pesanan di alwaysperfume.blogspot.com  ...tu pon kalau korang berminat...kalau korang tak tau nama perfumes korang nak beli tu....korang pergi la AL-HABIB PERFUME LIST  
tu kalau korang tak tahu list nyer...heheh .kalau berminat HUBUNGI KAMI
....
Terima Kasih kerna membaca artikel ni....eheheh,....

Sabtu, 30 Jun 2012

cara buat Tulisan Biru di Facebook PM

salam....artikel kali nie aku cite pasal bagaimana/cara/macam mana/dan???ahhahah....cara membuat tulisan di PM....PM tu apa?....PM tu (Personal Message).....lol.....lol 2 pe?lol tu toLOL....lol 2 (Laugh Out Loud).dah jngan ckp apa2......

nie mse aku tngah chat with someone...aku kan slalu ckp ouh,smpai
terckp di omegle dan mereka tidak tau itu maksud ouh...aku ingt smua owang dah tau
xpi cari kat google x da pasal artikel nie....so aku rse aku je yg sdar psal nie......ahhaha..belagak la kan......huhhuuhuh......ok la.siapa2 yg tahu senyap-senyap dah.kalau yg tak tau sini alifgrapher yg ajar
1:type ouh
2:selepas ouh type (.)
3:type kay,k...tu je yg aku dpat.....
4:then the last type (?)
 example:ouh.kay?

#okay that's all for today.......try la...senang ye pun....jangan tak try..the awesome from alifgrapher 
kalau korang nak share ka like ka buat ja..jangan nak malu.then tekan laa admin facebook tu.tu fb aku...bawah sekali tu..

Jumaat, 1 Jun 2012

Gempar! Fasha Sandha nikah di Thailand?


KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.
Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.
Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!
Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.
Kosmo!: Apa perkembangan terbaharu Fasha sekarang ini?
FASHA: Boleh dikatakan jadual kerjaya saya agak sibuk sehingga bulan Mei ini. Yang terbaharu, saya sedang menjalani penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriati Omar.
Kemudian saya akan terbabit pula dengan drama yang berjudul Seindah Sakura slot Akasia di TV3 sebanyak 24 episod dan sepanjang bulan Mac nanti saya akan menjalani penggambaran di Paris, Perancis.
Betul ke desas-desus Fasha dan Jejai akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac ini?
Sebenarnya perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana pada masa itu saya memang akan sibuk dengan penggambaran. Jadi, saya menafikan bahawa kami berdua akan berkahwin sempena hari jadi saya nanti.
Bagaimana pula dengan dakwaan Fasha dan Jejai sudah berkahwin di selatan Thailand ?
Itu pun tidak benar kerana kami berdua memang belum mendirikan rumah tangga lagi dan buat apa kami hendak bernikah di sana. Saya menganggap semua cerita yang timbul itu adalah sekadar spekulasi semata-mata.
Saya sedar dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun ini, memang ramai peminat yang mahukan saya segera berkahwin. Mungkin itu adalah salah satu punca yang menyebabkan cerita saya akan menamatkan zaman bujang selalu tersebar.
Adakah Fasha dan Jejai sememangnya sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini?
Buat masa ini saya tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi saya akui sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Bila sudah tiba masanya untuk berkahwin, saya akan umumkan kepada semua orang.
Adakah Fasha akan membuat satu sidang akhbar khas untuk umumkan tarikh perkahwinan nanti?
Saya tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana merasakan ia tidak perlu. Apabila saya umumkan tarikh perkahwinan kami berdua, saya akan menghubungi semua rakan-rakan media yang rapat dengan saya sama ada melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas.
Bagaimana pula dengan perkembangan bisnes Fasha sekarang ini?
Sudah tentu saya sangat bersyukur kerana perniagaan salun Chinta saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Biasanya kalau tidak sibuk dengan jadual penggambaran, saya akan ke salun empat kali seminggu untuk memantaunya.
Ada perancangan untuk membuka cawangan pada masa akan datang?
Sebenarnya saya pernah berangan-angan untuk membuka cawangan di Johor Bahru. Ia adalah lokasi yang cukup istimewa kerana saya dilahirkan di situ dan mendapati peminat saya yang paling ramai adalah dari Johor Bahru.
Boleh komen sedikit tentang pencalonan anda untuk Anugerah Bintang Popular 2011 ini?
Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokong saya selama ini. Pastinya saya tidak sangka akan tercalon buat kali ketujuh untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular memandangkan semakin ramai artis baharu yang muncul sekarang ini.
Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai cerita kontroversi, tetapi peminat sekarang sudah pandai untuk menilai dan mereka tetap memberikan sokongan untuk saya terus berjaya dalam bidang saya ceburi sekarang ini.
sumber: kosmo.com.my

kereta kena curi


KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Fasha Sandha, 27, mengesahkan kereta mewah miliknya hilang dipercayai dicuri.
Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, di sini, Jumaat.
“Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.
“Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.
Ditanya dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya mengelak untuk menjawab soalan wartawan.
“Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.
Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.
“Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal,” katanya.
sumber: mstar.com.my

MAnusia Berkapala Anjing

Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Tuhan dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang dilekatkan dengan cara dijahit ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.










Anda mungkin juga meminati:

Gambar Neelofa Yang Super Hot Memegang Senapang Paintball

Gambar Neelofa Yang Super Hot Memegang Senapang Paintball


Cantik sungguh aku tengok Neelofa ni. Aku nampak bakat lakonan yang ada kat Neelofa ni dalam drama Tahajjud Cinta memang terbaik. Masa kena goda dengan ustad tu korang tengok tak? Hehe.Walaupun Neelofa bergambar dengan memakai baju Paintball, beliau tetap cantik! Buat mereka yang tak tahu, Neelofa sukakan aktiviti lasak, dia tak kekok pun untuk memanjat, menunggang ATV, skuba dan melakukan aktiviti yang boleh dikatakan ektreme. Ayu-ayu pun, tegar gak jiwa dia ni.Meh layan Neelofa dalam aksi sebagai pemain paintball.